17 April 2010

Catatan - Sepetang di Bukit Fraser









Sebetulnya catatan ini telah lama berada dalam lingkungan fikiran untuk dijadikan coretan dalam perjalanan ini... Sering tertangguh dek kerana hambatan masa dan idea yang sering menjauh..

Persinggahan ini adalah yang kedua kalinya... selepas hampir dua belas tahun dahulu... Tidak banyak yang dapat diingati sebenarnya... Tetapi aku kira tidak banyak yang berubah semenjak kehadiran yang pertama dahulu... Bangunan lama tinggalan penjajah British masih menjadi ikon yang kukuh tersergam..

Jalannya yang sempit dan berliku menghadirkan rasa sabar dan menagih tumpuan sepenuhnya dalam pemanduan. Untungnya, kenderaan tidak banyak dan tidak sesibuk sebagaimana tempat lain.

Persekitaran yang mendamaikan... dengan bunyi dan kicauan kawanan unggas yang terbang bebas di angkasa serta yang hinggap di celahan ranting dan dahanan pokok yang merimbun. Hutan semula jadinya boleh menjadi terapi minda yang mendamaikan. Kehangatan siang yang dingin menyegarkan dan kedinginan malam yang sejuk menggetarkan.

Perjalanan sekeluarga ini sememangnya membawa dimensi yang pelbagai... keindahan, kegembiraan, kesatuan, kekeluargaan, keseronokan dan...

Dalam usia yang kian meningkat, kunjungan ini kembali menyegarkan minda.. merangsang pemikiran dan dapat meleraikan banyak kekusutan dan siratan yang memeritkan.....

Apa pun catatan ini hanya sekadar catatan biasa ... ia boleh menjadi luar biasa sekiranya setiap detik yang dilalui bisa memberi manfaat dan pengalaman yang dikutip menjadikan kita lebih matang dan bijaksana.


Bukit Fraser

26/27 Februari 2010

10 April 2010

Dedikasiku untuk seorang sahabat....

Catatan ini sebetulnya telah pun berada dalam blog ini dalam keadaan yang biasa sahaja sebelum ini.... Tetapi seorang teman telah memberikan sentuhan kreatifnya yang cukup indah......maka aku ingin berkongsi kembali akan keindahan dan keluasan makna kata-kata dan gambaran kreativiti itu....



"Kita membina sumber
rezeki melalui apa yang
kita kerjakan,
kita membina kehidupan
melalui apa yang
kita berikan
kepada orang lain"

WINSTON CHURCHILL



Kalau kita tidak sanggup sekali-sekali keluar dari lingkungan kita untuk memperbandingkan kelemahan dan kekecilan manusia di hadapan kuasa dan kebesaran Allah, maka ketahuilah, perhatikanlah, selidikilah, akan bertemu berpuluh-puluh sesama kita manusia yang bekerja untuk menegakkan kebajikan di dalam masyarakat kita ini, tetapi namanya tidak terdengar, sebab mereka bekerja dengan diam-diam di belakang layar. Merekapun mempunyai cita-cita yang lebih tinggi memikirkan hari kemudian yang lebih jauh. Banyak manusia yang merasa tidak perlu untuk menyorak-nyorakkan kepada orang lain apa yang dicita-citanya, takut cita-cita itu akan ditertawakan orang kerana cita-cita yang suci tulus ikhlas itu kadang-kadang tidak termakan oleh fikiran orang. Itulah sebab dia berdiam diri. HAMKA - Falsafah Hidup(183)


Buat sahabat .....Nasaruddin Abu Bakar

Terima kasih..... inspirasimu
Hasan
100410
1600 pm