29 June 2012

Aku Ingin Kembali


Aku ingin kembali

Seperti ingin kembali 
Ke daerah lama itu lagi
Sambil melerai gumpalan ingatan
Dan merungkai detik kenangan
Yang seakan hilang di telan waktu

Usia bergerak menjauh
Sambil aku kian menjadi tua
Menelusuri  pengalaman getir hidup
Membuat aku makin sedar dan insaf
Masa lalu yang sukar dan payah

Rindu itu sebenarnya payah untuk ditafsir semula
Kerana aku seperti kehilangan jejak
Mencari titik baru untuk melangkah semula
Sambil menghimpun kembali mimpi yang berserak

Tuhanku
Berikan aku usia lagi
Agar aku boleh menghimpun kembali
Kekuatan untuk bangkit lagi
Membina harapan yang baru

Terima kasih, Tuhanku
Kerana mendengar desir hatiku



 Jumaat, 29 Jun 2012 / 17.48 pm


Senja di Kota Kinabalu - 21 Mei 2012

No comments:

Post a Comment