·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
·
Terima kasih,
Himpunan puisi dan coretan yang pernah aku tulis sebagai sabahagian daripada catatan perjalanan dan pengalaman yang pernah aku lalui sepanjang daripada sebahagian ... kehidupan ini....
Terima kasih,
Sebetulnya catatan ini telah lama berada dalam lingkungan fikiran untuk dijadikan coretan dalam perjalanan ini... Sering tertangguh dek kerana hambatan masa dan idea yang sering menjauh..
Jalannya yang sempit dan berliku menghadirkan rasa sabar dan menagih tumpuan sepenuhnya dalam pemanduan. Untungnya, kenderaan tidak banyak dan tidak sesibuk sebagaimana tempat lain.
Persekitaran yang mendamaikan... dengan bunyi dan kicauan kawanan unggas yang terbang bebas di angkasa serta yang hinggap di celahan ranting dan dahanan pokok yang merimbun. Hutan semula jadinya boleh menjadi terapi minda yang mendamaikan. Kehangatan siang yang dingin menyegarkan dan kedinginan malam yang sejuk menggetarkan.
Perjalanan sekeluarga ini sememangnya membawa dimensi yang pelbagai... keindahan, kegembiraan, kesatuan, kekeluargaan, keseronokan dan...
Dalam usia yang kian meningkat, kunjungan ini kembali menyegarkan minda.. merangsang pemikiran dan dapat meleraikan banyak kekusutan dan siratan yang memeritkan.....
Apa pun catatan ini hanya sekadar catatan biasa ... ia boleh menjadi luar biasa sekiranya setiap detik yang dilalui bisa memberi manfaat dan pengalaman yang dikutip menjadikan kita lebih matang dan bijaksana.
Bukit Fraser
26/27 Februari 2010
Motivasi Diri – Anda Seorang Pemenang
People who are unable to motivate themselves must be content with mediocrity, no matter how impressive their other talents. Andrew Carnegie
Soalnya, bagaimanakah untuk memotivasikan diri sendiri? Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan sebagai asas untuk meningkatkan motivasi diri.
1. Mempunyai SEBAB untuk berjaya
SEBAB merupakan sumber motivasi yang amat kuat. Sebab yang baik boleh menjadi inspirasi kepada kita semasa berhadapan dengan kesulitan. Bila mana kita mula merasa kehilangan momentum dan motivasi, sebetulnya kita boleh kembali kepada SEBAB untuk menyegarkan semula motivasi diri.
2. Mempunyai impian. IMPIAN yang besar.
Only as high as I reach can I grow, only as far as I seek can I go, only as deep as I look can I see, only as much as I dream can I be. Karen Ravn
Mempunyai impian sangatlah penting kerana adalah sukar untuk memotivasikan diri tanpa menetapkan sasaran yang hendak dicapai. Kita memerlukan matlamat. Semua insan memerlukan matlamat (goal) dan sasaran untuk dicapai. Untuk memenuhi keperluan hidup di dunia hari ini dan hari mendatang.
Tetapi, impian semata-mata tidak mencukupi. Setiap impian perlulah cukup besar untuk dapat memberi inspirasi. Impian mestilah realistik, boleh dicapai dan mencabar. Impian mesti dapat merangsang kemampuan sehingga keluar dari zon selesa.
3. Sentiasa LAPARkan kejayaan
Wanting something is not enough. You must hunger for it. Your motivation must be absolutely compelling in order to overcome the obstacles that will invariably come your way. Les Brown
Untuk betul-betul menjadi dorongan, kita bukan sekadarkan memerlukan keinginan tetapi juga rasa lapar kepada kejayaan. Dalam banyak keadaan laparkan kejayaan boleh membezakan antara prestasi terbaik dengan pencapaian yang sederhana.
4. Berjuang dengan cara sendiri
I do not try to dance better than anyone else. I only try to dance better than myself. Mikhail Baryshnikov
Membuat perbandingan dengan orang lain boleh melemahkan semangat kita. Walaupun kita memulakannya dengan penuh semangat dan keghairahan, akhirnya kita boleh kehilangan tenaga bila kita mula membuat perbandingan dengan orang lain.
Jangan biarkan ianya berlaku. Persaing kita adalah diri kita sendiri. Yang perlu dikalahkan hanyalah diri sendiri.
5. Terus bergerak selangkah lagi ke hadapan
Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.
Winston Churchill
Halangan dan kesukaran boleh menjadi alasan kepada kita untuk menarik diri dan berhenti. Kita mula berfikir bahawa impian tidak mungkin dapat dicapai. Maka, di sinilah kita dapat melihat dan membezakan antara seorang pemenang dan orang yang kalah. Yang membezakan seorang pemenang ialah dorongan untuk terus berjuang. Terus bergerak tanpa alasan. Dalam situasi yang sukar, teruskan fokus untuk terus bergerak ke hadapan. Jangan fikir untuk segera menamatkan perlumbaan atau terus berfikir berapa banyak lagi halangan. Terus fokus kepada langkah perjuangan.
6. Biarkan sahaja hari-hari yang berlalu
Finish each day and be done with it. You have done what you could.
Ralph Waldo Emerson
Percaya atau tidak, masa lalu kita boleh mematahkan semangat dan keinginan untuk berjaya. Masa lalu boleh menjadi beban dan boleh menjerumuskan kita ke jurang kegagalan. Kita mungkin telah membuat kesilapan pada masa lalu. Tinggalkan semuanya kerana kita tidak perlu untuk mengulanginya semula.
Hari ini adalah hari yang baru. Di sini kita berpeluang untuk memulakannya semula. Tidak kira betapa teruknya masa silam kita tetapi kita masih mempunyai peluang dan masa depan yang cerah sedang menanti. Hanya, jangan biarkan beban dan kesilapan masa lalu menghalang jalan perjuangan kita.
Anda bagaimana??