03 June 2009

Kawan Lama

Isnin - 1 Jun 2009 - seorang sahabat lama semasa belajar di Sekolah Menengah Tinggi Kajang (KHS - 1977 - 1983) menghubungi aku melalui emel - selepas menemui nama ku dalam Facebook..
  
Tulisnya.... Kabare wak? Lama sgt tak dengar berita. Dah kayorayo sgt kot?

Aku hanya senyum sendiri.... kerana aku masih macam dulu..... belum kayorayo lagi!!

Rabu - 3 Jun 2009 - aku menghubungi kawan lama melalui nombor telefon yang disertakannya.
Masih seperti dulu... walau dari kejauhan... suaranya tetap ceria dan mesra....

Terima kasih, kerana menghubungi aku.

Hasan Suratman