08 July 2011

Apa maknanya mendidik...???



Mendidik anak-anak bukan bererti mengajar
mereka dengan sekumpulan ilmu pengetahuan sahaja,
tetapi yang lebih penting mengajar kepada mereka sejak
usia kecil lagi agar dapat mempersiapkan diri dengan
segala kemampuan dan pengetahuan untuk menghadapi
cabaran dunia masa depan yang kian mencabar.

Ertinya, menanamkan pengetahuan dan rasa cinta
untuk belajar sepanjang hayat, kreativiti, keberanian
mengemukakan pendapat dan bereksperimen, serta
menghargai sebarang bentuk perbezaan pendapat.


Ya…..pada masa yang sama… kita semua adalah guru
dan ibu bapa, seorang pendidik untuk siapa sahaja
yang berada di sekitar kita dengan semua tindakan
dan kata-kata.

Pemimpin....




Kepimpinan membawa maksud mudah iaitu satu proses untuk mempengaruhi orang lain mencapai sesuatu tugas kumpulan atau organisasi.

Apakah sifat-sifat (attributes) pemimpin yang berjaya? Untuk membezakan antara ciri-ciri seorang pengurus dan seorang pemimpin, beberapa sifat pentingnya termasuklah:

  • Pemimpin tidak semestinya seorang pengurus dan pengurus juga tidak semestinya seorang pemimpin. Ini adalah kerana tidak semua orang bawahannya (subordinat) akan mengikut arahan atau terpengaruh dengan seorang pengurus. Sekiranya arahan pengurus dipatuhi dengan tiada kerelaan, ini bukan disebabkan oleh pengaruh kepimpinannya tetapi oleh sebab takut kepada kuasanya (autoriti).

  • Pemimpin yang baik mempunyai tarikan emosi. Pengurus merupakan penyelesai masalah dan membuat keputusan menggunakan pemikiran yang analitikal dan rasional untuk mencapai matlamat kumpulan. Pemimpin pula adalah orang yang lebih karisma dan mempunyai pandangan yang tajam terhadap pengikut mereka. Seseorang pemimpin merasakan mereka dapat mengubah harapan pengikut.

  • Pemimpin berupaya memenuhi harapan pengikut. Pemimpin dan pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi permintaan ahli kumpulannya. Tetapi, keduanya mempunyai fokus yang berbeza. Pengurus lebih mementingkan untuk mencapai matlamat kumpulan (organisasi). Pemimpin pula lebih menitikberatkan untuk memenuhi kehendak pengikutnya di dalam kumpulan.

Jadi, apa bezanyanya??

Dalam hal ini, kerap kali seseorang pemimpin terlupa bahawa pada hakikat yang sebenarnya, ia bukanlah memimpin seluruh masyarakat, tetapi..... memimpin pengikutnya yang berkepentingan.

Orang lain apa nak kata??