08 July 2011

Pemimpin....




Kepimpinan membawa maksud mudah iaitu satu proses untuk mempengaruhi orang lain mencapai sesuatu tugas kumpulan atau organisasi.

Apakah sifat-sifat (attributes) pemimpin yang berjaya? Untuk membezakan antara ciri-ciri seorang pengurus dan seorang pemimpin, beberapa sifat pentingnya termasuklah:

  • Pemimpin tidak semestinya seorang pengurus dan pengurus juga tidak semestinya seorang pemimpin. Ini adalah kerana tidak semua orang bawahannya (subordinat) akan mengikut arahan atau terpengaruh dengan seorang pengurus. Sekiranya arahan pengurus dipatuhi dengan tiada kerelaan, ini bukan disebabkan oleh pengaruh kepimpinannya tetapi oleh sebab takut kepada kuasanya (autoriti).

  • Pemimpin yang baik mempunyai tarikan emosi. Pengurus merupakan penyelesai masalah dan membuat keputusan menggunakan pemikiran yang analitikal dan rasional untuk mencapai matlamat kumpulan. Pemimpin pula adalah orang yang lebih karisma dan mempunyai pandangan yang tajam terhadap pengikut mereka. Seseorang pemimpin merasakan mereka dapat mengubah harapan pengikut.

  • Pemimpin berupaya memenuhi harapan pengikut. Pemimpin dan pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi permintaan ahli kumpulannya. Tetapi, keduanya mempunyai fokus yang berbeza. Pengurus lebih mementingkan untuk mencapai matlamat kumpulan (organisasi). Pemimpin pula lebih menitikberatkan untuk memenuhi kehendak pengikutnya di dalam kumpulan.

Jadi, apa bezanyanya??

Dalam hal ini, kerap kali seseorang pemimpin terlupa bahawa pada hakikat yang sebenarnya, ia bukanlah memimpin seluruh masyarakat, tetapi..... memimpin pengikutnya yang berkepentingan.

Orang lain apa nak kata??

No comments:

Post a Comment