12 July 2012

MUZIUM KOTA KAYANG, PERLIS



Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Berada di sini pada 21 Disember 2011 bersama anak-anak untuk menghayati catatan sejarah yang pernah berlaku di negeri Perlis Indera Kayangan.


















Terima kasih

12072012
11.57 pagi


No comments:

Post a Comment