23 April 2012


Sekitar..... XU6A2 1982/3 Kajang High School Reunion



Tarikh         :18 Disember, 2011

Tempat       : Bagan Lalang.... @ rumah Jamila Khusaini

Yang Hadir....... Sufi, Shahir, Zafarudin, Ridzuan, Liza, Suzana, Faridah, Nasaruddin 
(Din Baker), Khalim Bagimin, Hasan Saleh... Tuan rumah dan ........ 




                                                      Lama tak bertemu.... 


                                                        Aksi bersahaja Hasan Saleh


                                                       Din Baker.......






                                                        Masih bisa bergaya.....


                                             Wajah ceria walaupun telah berusia

                                                              Gaya mak datin...
                                                     
                                                                         Khusyuk....


                                                                   Memang hebat....


                                                                Macam dulu-dulu....


                                                                           Tersendiri



Nak balik dah...
Moga ketemu lagi.....


 Wassalam.... Hasan 2012



04 October 2011

Aku Masih Di sini....


Sehingga malamku berlari jauh
menebarkan duka di ruang gelap
aku masih di sini..... sendiri
terbaring resah di birai sepi

aku ingin mengutip kembali rinduku
yang bertaburan di mana-mana
setitis harapan itu
dan suara sayup lambaian desa
terbaring di sisi diri
wajah ayah bonda kembali bertahta

apabila kamar ini semakin sesak
oleh hembusan nafas-nafas resah
aku masih di sini..... sendiri
meniti duri-duri terhunus
dari rimba ke rimba
mencari hijaunya dedaun
dan harumnya kembang suci
buat menghiasi taman
dan ranting-ranting diri
di pentas perlakuan waktu

kiranya masih ada cintaMu
harapan apakah yang bakal kubawa
untuk dihirup bersama janji
di batas terakhir suatu pencarian
bila esok aku mula mahu pergi
bersama mentari pagi
yang tidak pernah berdusta
akan kehadirannya di maya ini
walau embun pagi enggan pergi


ukm
september '84

08 July 2011

Apa maknanya mendidik...???



Mendidik anak-anak bukan bererti mengajar
mereka dengan sekumpulan ilmu pengetahuan sahaja,
tetapi yang lebih penting mengajar kepada mereka sejak
usia kecil lagi agar dapat mempersiapkan diri dengan
segala kemampuan dan pengetahuan untuk menghadapi
cabaran dunia masa depan yang kian mencabar.

Ertinya, menanamkan pengetahuan dan rasa cinta
untuk belajar sepanjang hayat, kreativiti, keberanian
mengemukakan pendapat dan bereksperimen, serta
menghargai sebarang bentuk perbezaan pendapat.


Ya…..pada masa yang sama… kita semua adalah guru
dan ibu bapa, seorang pendidik untuk siapa sahaja
yang berada di sekitar kita dengan semua tindakan
dan kata-kata.

Pemimpin....




Kepimpinan membawa maksud mudah iaitu satu proses untuk mempengaruhi orang lain mencapai sesuatu tugas kumpulan atau organisasi.

Apakah sifat-sifat (attributes) pemimpin yang berjaya? Untuk membezakan antara ciri-ciri seorang pengurus dan seorang pemimpin, beberapa sifat pentingnya termasuklah:

  • Pemimpin tidak semestinya seorang pengurus dan pengurus juga tidak semestinya seorang pemimpin. Ini adalah kerana tidak semua orang bawahannya (subordinat) akan mengikut arahan atau terpengaruh dengan seorang pengurus. Sekiranya arahan pengurus dipatuhi dengan tiada kerelaan, ini bukan disebabkan oleh pengaruh kepimpinannya tetapi oleh sebab takut kepada kuasanya (autoriti).

  • Pemimpin yang baik mempunyai tarikan emosi. Pengurus merupakan penyelesai masalah dan membuat keputusan menggunakan pemikiran yang analitikal dan rasional untuk mencapai matlamat kumpulan. Pemimpin pula adalah orang yang lebih karisma dan mempunyai pandangan yang tajam terhadap pengikut mereka. Seseorang pemimpin merasakan mereka dapat mengubah harapan pengikut.

  • Pemimpin berupaya memenuhi harapan pengikut. Pemimpin dan pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi permintaan ahli kumpulannya. Tetapi, keduanya mempunyai fokus yang berbeza. Pengurus lebih mementingkan untuk mencapai matlamat kumpulan (organisasi). Pemimpin pula lebih menitikberatkan untuk memenuhi kehendak pengikutnya di dalam kumpulan.

Jadi, apa bezanyanya??

Dalam hal ini, kerap kali seseorang pemimpin terlupa bahawa pada hakikat yang sebenarnya, ia bukanlah memimpin seluruh masyarakat, tetapi..... memimpin pengikutnya yang berkepentingan.

Orang lain apa nak kata??

16 August 2010

Sekadar catatan Minda.....


Semua catatan ini ku kutip semula dari "What's on your mind?' dalam laman sosial Facebook aku..... biasanya selepas membaca sesebuah buku, artikel dan melalui pengamatan sekali lalu terhadap kehidupan... aku ingin berkongsi sama apa sahaja yang sering melintas dalam fikiran dan juga perasaan ini.....

· Kenyataan adalah mengerikan.... sementara impian selalu menyamankan...!!


· Pernah dibicarakan oleh yang bijaksana..."Pada hakikatnya senang dan susah dalam hidup ini silih berganti. Di dalam kesusahan itu sendiri ada kesenangannya. Kesenangan itu sebenarnya lebih banyak. Cuma manusia selalunya lebih dekat pada perasaan kesusahan dari kesenangan terutama orang yang tidak bersyukur dalam hidupnya"


· Seringkali kita akan menunjukkan sikap keraguan, penentangan dan tanda-tanda negatif yang lain sebelum sesuatu itu dapat diterima....


· ...... sementara kita tidak boleh membohongi kenyataan, kita juga tidak boleh menafikan kebenaran.... dan tiada insan yang boleh menolong seseorang lain tanpa menolong dirinya sendiri...!!


· Ada orang berkata: Rukun kebahagiaan itu ada tiga ; anda temui sesuatu yang dapat anda lakukan ; dan sesuatu yang anda sukainya ; dan apa yang anda harap dapat mencapainya.....


· Sesuatu yang indah dan terbesar yang dapat kita berikan kepada seseorang yang kita sayangi ialah perkara yang dapat dimanfaatkannya....


· Kalau hendak memecahkan batu. kita mesti menggunakan besi... Jika diketuk dengan kayu, batu itu tidak akan pecah.... sebaliknya kayu itu pula yang patah..


· Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang kuat dan pintar......
Sikap yang ada akan mempengaruhi lingkungan yang ada...


· Pernah dibicarakan oleh yang bijaksana..."Pada hakikatnya senang dan susah dalam hidup ini silih berganti. Di dalam kesusahan itu sendiri ada kesenangannya. Kesenangan itu sebenarnya lebih banyak. Cuma manusia selalunya lebih dekat pada perasaan kesusahan dari kesenangan terutama orang yang tidak bersyukur dalam hidupnya"


· Orang yang insaf selalunya mengenang budi, walaupun kata orang, budi tidak perlu dibalas, tetapi jiwa manusia yang semula jadi mahu membalas budi orang lain....


· ...... sementara kita tidak boleh membohongi kenyataan, kita juga tidak boleh menafikan kebenaran.... dan tiada insan yang boleh menolong seseorang lain tanpa menolong dirinya sendiri...!!


· Tragedi manusia dimulai ketika manusia menghadapi sesuatu sikap : menolak atau kah menerima suatu suka duka .... kerana ada yang lebih di atas lagi dari tragedi hidup itu, sikap pasrah dan rela dalam pemecahan yang rasional... dan kerana itu manusia tidak bertele-tele dalam emosi....!!


· Tidak kira sebaik mana pun seseorang sahabat itu. ada ketikanya dia boleh sahaja melukakan dan mengecewakan kita.... tetapi kita perlu bersedia untuk memaafkannya..!!


· Orang yang bahagia tidak semestinya mempunyai semua yang terbaik dalam hidupnya, tetapi mereka melakukan yang terbaik untuk semua yang mereka miliki.


· Apabila minda disuburkan dengan fikiran yang sentiasa segar, kita akan sedar bahawa kita mempunyai kuasa dan kemampuan untuk memperbaiki banyak situasi dalam kehidupan......



· Nilai persahabatan yang sebenar akan tumbuh subur dan senantiasa berkembang walaupun dipisahkan oleh jauhnya jarak dan luasnya depang masa.......

· Kematangan seseorang perlu dinilai dari sudut berapa banyak pengalaman yang dimiliki dan apa yang telah dipelajari darinya, bukan sekadar berapa banyaknya ulang tahun yang telah seseorang itu raikan.


· Keredaan bermaksud menerima kenyataan tanpa rasa marah dan hampa setelah puas berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik.... orang yang mahukan sesuatu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya ... tetapi jika gagal, hendaklah menerimanya dengan penuh keinsafan....


· Manusia yang mula kehilangan kepercayaan orang lain terhadapnya, akan mula hilang maruah dan harga diri.... Jadi, jangan mulakan detik kehilangan itu!!


Terima kasih,

Hasan Suratman

20 June 2010

Catatan Kepada Sahabat ii


Pertemuan
ia adalah jalinan pelangi di langit petang
mengirim nostalgia ke awan biru
aku pun menghitung titik-titik biru
di tengah padang
mengirim rindu yang hilang
di hujung jalan

Lalu...
betapa pun jaraknya ruang
dan panjangnya depang waktu
yang bakal menghukum alam dan keadaan
tidak sesekali melontar ingatanku
pada pertemuan selembut sutera ini

Pelangi dan hujan
adalah aku yang akan terus berlari
mengetuk pintu kesetiaan
sehingga tidak ada pertemuan lain
yang akan mengguris luka di hati

Engkau sesungguhnya
terlalu mahal untuk aku beli
dengan kerinduan ini

Apa lagi
yang aku bayar
adalah sebutir kasih
lalu ku ukir cinta
di sudut kemesraan itu
bakal ku sebut kekasih
walau sukar untuk kau mengerti!!



1988